iklan

Ahad, 6 Januari 2013

Pancing Tebing Pulau Kendi

Permandangan dari Pulau Kendi

Huh lama dah tak post kisah memancing ni. Baru2 ni aku dengan beberapa orang sahabat telah pergi ke pulau kendi untuk aktiviti pancing tebing. Untuk sampai ke pulau ini kami terpaksa menaiki bot dari Gertak Sanggol (p.pinang). Naik bot awal pagi dalam pukul 7 macam tu sebab takut port pancing org lain sambar kalau lambat. Perjalanan menaiki bot memakan masa lebih kurang 30 ke 45 minit sebab apek tu bawak teramat sentimentel jadi aku pon layan je lah. Port yang kami tuju ialah batu 17 sebab sahabat aku kata ini adalah antara port yang paling memberangsangkan sepengalaman dia. Jadi bila dah sampai kami pun mulalah proses punggah memunggah bawak turun barang dari bot, rupanya nak bawak turun barang dari bot kat pulau kendi ni thrill dia lain macam nak kena pantas dan berhati-hati bro. Ye lah mana taknya nak kena unloading kat batu besar yang berteritip dan dalam keadaan bot terhuyung-hayang di pukul ombak, aduhhai nasib baik semuanya berjalan lancar alhamdulillah. Bila dah settle semua tu kami rilex jap ambik angin layan keindahan alam dalam 5 ke 10 minit macam tu baru start joran. Umpan yang kami pakai hari tu ialah stok ikan temenung dan ikan sardin pasar borong, bila dah ready campak je umpan tak sampai 5 minit bro kerapu dah rembat. Memang betul2 banyak kerapu kat batu 17 ni tapi bukanlah kerapu saiz mega, kebanyakkannya bersaiz juvana (500-700g). Kalau nak bersaiz mega pon ada jugak tapi kena baling jauh sikit cuma masalahnya area batu 17 ni banyak sangat batu jadi peratusan sangkut tu teramatlah tinggi kalau nak selamat kena pakai pelampong. Jadi untuk memendekkan cerita projek pancing tebing kami di pulau kendi pada hari itu berakhir lebih kurang pukul 6 petang beserta dengan hasil yang sederhana banyaknya, hasil tak berapa menggalakkan sebab air besar, berombak dan sangat berarus dan mengakibatkan kes tali sangkut yang kerap. Mengikut pengalaman sahabat yang lain, bagi mendapatkan hasil yang memuaskan memancing pada hari air mati adalah amat2 digalakkan. Insyallah lepas ni kita try time air mati pulak hehehe. 
selian untuk kali ini, wasalam.