iklan

Khamis, 9 Oktober 2008

pancing tebing atau pantai



kebanyakkan dari kita suka memancing dari tebing atau pun pantai. bukan sebab apa, naik bot kos dia tu tinggi sangat dan paling tak tahan kalau mabuk laut. aduh hai frust rasa. dah la bayar mahal lepas tu tak leh mancing sebab mabuk laut kan ke rugi namanya tu. jadi jalan yang terbaik nak melepaskan gian adalah pancing dari tebing atau pun pantai, tapi macam biasa lah kalau pancing dari tebing ni hasil dia tak menentu sangat. ada kalanya dapat ikan yang bagus2, adakalanya dapat ikan belukang, gelama, duri. tapi tak pa semua tu adalah lumrah bagi pemancing.

kepada member2 pancing tebing, saya akan cuba merekodkan semua info tentang trip-trip pancing tebing yang saya dan member2 pegi. harap member2 semua dapat la sedikit info dan maklumat dari blog saya ini. tidak ketinggalan juga kalau member2 yang lain ada info yang menarik dan bagus untuk di kongsikan bersama emailkan pada saya mufaz78@gmail.com. arios

Tiada ulasan: